Select Page

PROFILE COACH SHILA HAKIM

 “ Shut Up . Move On . Be Extraordinary ”

PROFILE SHAHILA HAKIM

(PLF Coach Shila Hakim)

Coach Shila adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2005. Beliau mempunyai pengalaman bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di Pusat Kredit Kad HSBC, Pensyarah Perakaunan di Kolej Islam Antarabangsa, Juruaudit, Perbendaharaan Negeri Johor dan Bahagian Kredit Bank Rakyat.

Coach Shila kini adalah CEO, Event Master, Professional Learning Facilitator dan Coach di Goldmind Evolution Sdn Bhd. Pengasas Modul Master My Online Marketing dan Master My Event.

PENGALAMAN

Coach Shila mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang keusahawanan, kewangan, pemasaran serta jualan dan pengurusan program.

Coach Shila pernah menjadi Master Trainer eUsahawan berkongsi ilmu pemasaran digital dan mengadakan sesi coaching kepada golongan OKU Buta dan Pekak.

KEPAKARAN

Coach Shila mengendalikan program pemasaran digital, jualan dan kewangan yang banyak menggunakan teknik NLP (Neuro Linguistic Program), praktikal dan pembelajaran yang menarik serta berasaskan pengalaman.

Beliau juga berkongsi ilmu dan pengalaman dengan ramai individu dan syarikat sebagai seorang Coach dalam pengurusan kewangan, pengurusan perniagaan, pengurusan program, pemasaran dan jualan.

PENCAPAIAN

Coach Shila dilantik sebagai Pentadbir Akaun, Coach dan Pengurus Program kepada beberapa buah syarikat iaitu ICON Training & Consultancy, Triplenine Goldworld Gallery Cawangan Pulau Pinang, Richmore Biz Solution dan banyak lagi dalam pengurusan kewangan dan pengurusan program yang diadakan seperti Program Perasmian, Program Kebajikan, Program Motivasi dan sebagainya.

Beliau juga graduan Program Usahawan PHASER PKNS pada tahun 2010.

Beliau seorang graduan program Apprentice SifuFBads dalam bidang pemasaran online marketing.

31 Oktober 2017, di Daya eUsahawan 2017 anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Coach Shila mendapat Anugerah JUARA Master Trainer eUsahawan 2017 berjaya membantu usahawan yang hadir ke kelas beliau menjana jualan. Total jualan seluruh peserta eUsahawan beliau sebanyak RM14,180,480 seramai 442 usahawan dan 19 kelas.

PENGIKTIRAFAN PROFESSIONAL

Coach Shila adalah pengamal sistem Professional Learning Facilitators, PLF Council of Elders dan ahli Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau mendapat kelayakan sebagai seorang Professional Learning Facilitator (Mastery), Certified Digital Marketing Professional, Certified Google Adwords, Certfied Google Analytics, Certified Basic NLP Practitioner (NFNLP,USA), Certified SOIF Coach, Accredited PLF for The Professional Learning Facilitator Program oleh Take Charge Sdn Bhd dan Certified Train The Trainer PSMB @ HRDF. Beliau juga merupakan Certified Train The Trainer oleh Richworks Resources Sdn Bhd.

Beliau dilantik sebagai Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel (FOC).

Beliau juga seorang Biskaunselor Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Master Trainer eUsahawan MDEC.

Oktober 2019, beliau dilantik menjadi Coach Program Perkhidmatan eDagang Setempat (PeDAS) untuk Usahawan Desa anjuran Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC).

Coach Shila juga membantu Usahawan Sabah sebagai Coach untuk Technopreneur Development Program (TDP) di bawah anjuran Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii).

Selain daripada itu, beliau merupakan Trainer untuk INSKEN, MDEC, PUNB, PKNS, AIM.

PROFILE COACH SHILA

  • Certified Professional Learning Facilitator (Mastery)
  • Certified Train the Trainer HRDF
  • Certified NLP Practitioner (NLPUSA-ANLPM)
  • Certified SOIF Coach (ILFTCM)
  • Certified Digital Marketing Professional (DMI)
  • Certified Google Ads dan Google Analytics (GOOGLE)
  • Certified Business Coach (CEDAR)
  • Trainer & Bisnes Coach GROW PKNS 6 bulan Program
  • BisKaunselor Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
  • Coach PeDAS (Perkhidmatan eDagang Setempat Pusat Internet Desa) (MDEC)

     

    • eUsahawan Master Trainer (MDEC)
    • Coach TDP (Technopreneur Development Program) (MARii)
    • Coach VEST (Varsity Entrepreneurs Skill & Talent) (Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Fizo Omar Channel (FOC)
    • A Co-Founder of Goldmind Evolution Sdn Bhd
    • More than 15 years as an entrpreneur
    • Best eUsahawan Master Trainer 2017 awarded by Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). She successfully trained and guide her entrepreneurs generates accumulated sales RM14,180,480 within only 442 entrepreneurs in 19 classes.

      JOM FOLLOW COACH SHILA DI SOCIAL MEDIA

       

      COACH SHILA HAKIM

      A Preferred Holistic Learning Solutions Provider focusing on Experiental & Action Learning Uncovering Hidden Potentials and Developing a Better Nation.

      Menu

      Home

      Profile

      Program

      Blog

      Hubungi

      No 01&02-16, Level 1 & 2, Block B, Saville Kajang, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor

      +60127237477