by shahila.hakim@gmail.com | Jun 6, 2023 | Blog
Customer service yang mengagumkan memberi impak yang besar kepada bisnes anda. Pengalaman mereka berurusniaga dengan anda mempengaruhi reputasi bisnes anda.
.
Ia juga memberi kesan kepada perkembangan serta kemajuan perniagaan anda. Bagi memastikan bisnes anda memperolehi maklum balas yang baik dari pelanggan, jom buat ini.
.
1. Pihak pengurusan siap sedia berkhidmat
Pengurus hendaklah sentiasa hadir untuk memantau atau memberi maklumbalas kepada team, menyemak kepuasan pelanggan dan segera menghulurkan bantuan apabila diperlukan.
.
2. STOP cakap “bukan kerja saya”
Team mesti maklum dengan skop kerja masing-masing dan boleh memberikan lebih lagi serta mengetahui siapa yang bertanggungjawab jika ada isu yang timbul. Apabila pelanggan mengalami masalah / isu, pelanggan berharap dapat segera dibantu oleh mana-mana team tanpa perlu mencari sendiri siapa yang dapat memenuhi keperluan mereka.
.
3. Meminta maklum balas sepanjang masa
Organisasi yang mementingkan penyampaian kualiti bertanya tentang kualiti-sepanjang masa! Setiap bahagian harus mengambil tahu tentang kualiti perkhidmatan mereka agar dapat memperbaiki kelemahan dan memberi servis yang lebih baik lagi pada masa akan datang.
.
4. Berinteraksi dengan pelanggan
Kebanyakan pelanggan menghargai staff yang cuba berinteraksi pada tahap peribadi (asalkan tidak terlalu mendalam). Selain membina hubungan yang baik, ia juga menunjukkan keprihatinan yang tulus terhadap mereka.
.
5. Sentiasa tersenyum
Perbuatan ini percuma tetapi ganjarannya sangat tinggi. Senyuman membantu memulakan interaksi yang positif. Ia juga membentuk persekitaran kerja yang ceria. Jika anda sentiasa tersenyum, pelanggan pasti membalasnya kerana sudah terjangkit dengan senyuman anda!
by shahila.hakim@gmail.com | May 30, 2023 | Blog
Tahukah anda hanya 20% perniagaan kecil-kecilan yang mampu bertahan selama lebih 15 tahun? Coach Shila nak kongsikan 7 tip bisnes dapat kekal lama. Ready?
.
1. Selesaikan masalah
Salah satu sebab mengapa bisnes kekal dalam perniagaan adalah kerana ia diperlukan. Ini bermakna bisnes ini telah berjaya menyelesaikan masalah untuk pelanggan atau berjaya melakukan sesuatu yang menjadikan kehidupan lebih baik.
.
2. Manfaatkan Digital Plaforn sebagai platform pemasaran
Memandangkan kini kita berada di zaman teknologi, pemasaran di media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok dan Twitter dapat membantu kembangan bisnes anda dengan lebih pantas.
.
3. Fokus pada matlamat bisnes anda
Setiap perniagaan harus ada misi dan anda harus merujuk misi anda dari masa ke semasa untuk memastikan anda sejajar dengan nilai dan matlamat anda.
.
4. Jadilah fleksible
Anda perlu peka dan cepat menyesuaikan diri dengan perubahan dalam persekitaran anda atau dalam dunia perniagaan lebih-lebih lagi dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi semasa. Ini dapat memastikan anda tidak ketinggalan dan sentiasa ‘up to date’.
.
5. Jadi bisnes owner yang berilmu
Perubahan akan terus berlaku dari semasa ke semasa. Sebagai bisnes owner, anda harus mengikuti perkembangan terkini dalam semua bidang seperti isu semasa, aliran teknologi serta pemasaran dan banyak lagi. Ini yang akan membezakan anda dengan pesaing anda.
by shahila.hakim@gmail.com | Mar 30, 2023 | Blog
“Hmm…seronok tengok orang menjual. Saya nak try lah tapi macamana ya?”
.
Meh sini Coach Shila nak kongsikan 3 Tip Mulakan Bisnes Online Untuk Newbie. Lepas ni boleh terus buat, buat dan buat sampai dapat hasilnya ya.
.
1. Pemilihan niche
Sebelum decide nak jual apa, kenalpasti dahulu apa kehendak bakal pelanggan anda. Apakah barangan atau perkhidmatan mereka cari untuk selesaikan masalah yang dihadapi. Antara idea yang Coach Shila boleh rekemen pada anda ialah jualan makanan, khidmat penghantaran, ubat-ubatan.
.
Kenapa?
.
Sebab tiga sektor ni boleh dikategorikan antara bisnes yang kalis gawat. Orang tetap cari walaupun dalam keadaan gawat.
.
2. Pilih platform menjual
Bila sebut pasal online, ada banyak platform yang anda boleh pilih antaranya :
– Tiktok
– Facebook
– Instagram
– Website
– Blog
.
Sebagai newbie yang baru nak bermula, coach sarankan pilih sahaja platform yang tidak perlukan kos. Bila dah keluar dari kepompong NEWBIE baru fikir untuk invest pada platform berbayar.
.
3. Personal branding
Dah ada produk mahupun servis, dah ada platform menjual dan sekarang tiba masa untuk anda konsisten buat personal branding di platform menjual tadi.
.
Facebook – berkongsi melalui penulisan, gambar, video dan FB Live.
Instagram – berkongsi melalui gambar, video dan IG Reels.
Tiktok – berkongsi melalui video dan Tiktok Live
.
Keep consistent!
by shahila.hakim@gmail.com | Sep 25, 2021 | Blog
1. Selidik Terlebih Dahulu.
Firman Allah bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)
.
2. Berhenti Mengumpat/Memfitnah.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Lalu Baginda meneruskan sabdanya:
“Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya”.
Lalu ditanya oleh seorang sahabat:
“Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?”
Rasulullah bersabda lagi: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya, bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya, bererti kamu memfitnahnya.”
(Hadis riwayat Abu Hurairah)
.
3. Larangan Mengintip-ngintip.
Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam Firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.”
(Surah al-Hujurat, ayat 12)
Rahsia mengenai seseorang itu pada mulanya tersembunyi, tetapi ada pula yang mendedahkannya.
Sebaiknya, setiap orang perlu diam terhadap apa yang dilihatnya kecuali perkara yang dapat menguntungkan golongan Muslimin atau untuk menolak dosa dan maksiat yang dilakukan orang berkenaan.
.
4. Menanggung Dosa Yang Sama.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Cukuplah pembohongan seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.”
(Hadis riwayat Muslim)
Hadis berkenaan menunjukkan bagaimana dosa itu bukan di atas bahu orang yang mencipta berita palsu sahaja, tetapi dosa itu juga merangkumi orang menyampaikan semua berita yang dia dengar sama ada benar atau palsu.
Golongan yang menyampaikan berita palsu dikira sebagai pembohong kerana bersubahat.
Wallahu A’lam.
“Tidak pasti, jangan kongsi”.